Kehidupan awal Pekin_Ibrahim

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Iznan bin Ibrahim pada 25 Oktober 1981 di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada 6 beradik,[9] ibu bapanya ialah Che Jah Che Mat dan Allahyarham Ibrahim Awang,[9] bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1991 ketika Pekin berusia 10 tahun.[9] Kehilangan arwah bapa memberikan tamparan hebat kepada Pekin kerana beliau menjadi anak kesayangan bapanya. Semasa zaman kanak-kanaknya, Pekin gemar berangan dan suka berimaginasi, beliau meminati siri animasi adiwira Jepun seperti Satria Perkasa Hitam dan Ultraman,[9] kecenderungan Pekin mengikuti siri TV ini membuatkan beliau boleh 'menukar' dirinya kepada watak animasi yang diminati dalam sekelip mata. Beliau bersekolah di Maktab Pengajian Islam Kota Bharu.[9]

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang pekerja di restoran makanan segera A&W, Subang Jaya[9] selepas meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1998 untuk memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur.[9] Beliau berpindah ke KL bersama rakan karibnya apabila beliau berusia 16 tahun untuk mencapai impian untuk menjadi seorang pelakon.[9] Walaupun bekerja di restoran, beliau menghadiri beberapa uji bakat untuk menjayakan peranan dalam drama dan filem. Pada tahun-tahun terawal kerjayanya, beliau bekerja keras untuk menguasai bahasa Inggeris dan menggunakan loghat Kelantan tebal.[9] Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM).[10]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pekin_Ibrahim http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/superbike-bm... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pekin-ibr... http://www.beritasini.com/2013/10/pekin-ibrahim-ne... http://www.budiey.com/pekin-lancar-buku-memoir-buk... http://www.budiey.com/pekin-undang-kontroversi-jad... http://www.budiey.com/tattoo-gestapo-teater-saya-i... http://www.imdb.com/name/nm1932988/ http://www.imdb.com/title/tt4124122/ http://www.rotikaya.com/pekin-ibrahim-malas-bercak... http://www.rotikaya.com/pekin-ibrahim-saya-ada-buk...